Langkau ke kandungan utama

Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke universiti (UPM)

Pengalaman pertama masuk ke universiti di Universiti Putra Malaysia, Serdang

Pada tarikh 1 September 2019, bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia kampus Serdang. Masihku ingat detik-detik semalam sebelum aku menjejakkan diri ke kolej kediamanku iaitu di Kolej Empat Belas, UPM.

Aku tidak tidur lena pada sehari sebelum aku mendaftar masuk ke universiti. Entah mengapa rasa sukar sekali mahu memejamkan mata. Tidak sabar barangkali..atau aku risau dengan kehidupan baruku di tempat baru. Akhirnya aku boleh tidur beberapa jam sebelum waktu subuh. Aku bangun seawal 5.30a.m dan kedengaran keluargaku juga sedang bersiap-siap. Kami perlu bergerak awal pagi kerana perjalanan kami dari Kuala Kangsar ke Unversiti Putra Malaysia, Serdang mengambil masa selama 2 jam 45 minit dan pendaftaranku bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengahari. Jadi, kami mengambil keputusan untuk bergerak awal dari rumah kerana khuatir mengalami kesesakan semasa perjalanan.

PINTU GERBANG UPM


KEDIAMAN PELAJAR KOLEJ 14


Akhirnya kami tiba di "rumah baruku" di Kolej Empat Belas, UPM pada jam 10.15a.m. Kami terpaksa memarkir kereta jauh daripada kolej dan menggunakan perkhidmatan bas kolej untuk mengangkut baranganku. Sepanjang perjalanan ke kolej yang mengambil masa selama antara 15-20 minit, kami diberikan pendedahan oleh fasilitator mengenai UPM.


Selesai pendaftaranku di Dewan Putra 2, aku dan keluargaku mengangkat bagasiku ke bilikku yang terletak di aras 4. Alahai.. Aku menginginkan aras 1-3 sahaja. Tetapi aras atas juga aku dapat. Tidak apalah. Dah memang rezeki aku. Kurus sikit lepas ni hahahahahaha. :P
Aku orang terakhir yang tiba di bilikku bersama 4 orang lagi rakan sebilikku yang bernama Khalidah, Farzana dan Zulaikha. Sambil mengemas katilku, keluargaku asyik bersembang dengan keluarga Farzana. Setelah selesai mengemas, aku dan keluargaku turun ke bawah untuk makan tengahari. Pada asalnya keluargaku mahu makan di kafe Serumpun, tapi aku menolak kerana aku ingin mencuba makanan luar kerna ku fikir di kafe Serumpun aku boleh makan bila-bila masa sahaja selepas ini. Benar bukan? Boleh jemu aku dibuatnya. Kami makan di Medan Selera di Sri Serdang. Wow! Sedap-sedap makanan kat situ! Memang kena dengan tekak aku lah! Selepas habis makan, kami bergambar dan tibalah masanya untuk berpisah. Aku sudah lama menyimpan sebak dalam hati tapi aku tahankan je..selepas bersalaman dengan ahli keluargaku, aku dihantar oleh abang aku ke kolej aku, manakala keluargaku bergerak balik terus ke Kuala Kangsar. Aku hanya sembang serba ringkas dengan abangku dalam kereta kerana aku berusaha menahan sebak, pilu dan sedih. Inilah kali pertama aku berjauhan daripada keluarga aku! Selepas ini, segala-galanya aku buat sendiri. Dup dap dup dap! Jantung tak henti-henti berdebar. Macam-macam perasaan aku masa itu. Dan tibalah masanya, orang terakhir yang akan tinggalkan aku, iaitu abang aku. Dia menghantarku di tepi pagar kolej dan aku akan berjalan bersendirian naik ke kolej. Selepas melihat keretanya berlalu, aku terus bergegas naik ke bilik. Berjalan selaju yang mungkin dengan air mata yang ditahan-tahan. Ya Allah..aku tak kuat. Tapi tiada sesiapa disampingku melainkan Engkau pada saat ini. Setibanya di bilik, aku terus membenamkan mukaku ke bantal dan menangis sepuas-puasnya. Nasib baik "roomates" ku tidak balik lagi. Kalau tidak, buat malu je aku menangis depan mereka. Mereka dah biasa masuk asrama, aku je belum. Hmmm

Minggu orientasi atau lebih dikenali sebagai Minggu Perkasa Putra bermula pada malam itu juga, tetapi hanya di kolej sahaja..cuma keesokannya harinya sehingga hari ke-5 banyak dihabiskan di Dewan Besar, PKKSSAS, UPM. Aku paling suka bila berada di Dewan Besarlah sebab banyak program menarik. Setiap kolej bersemangat dengan sorakannya. Aku suka apabila lagu #WeLoveUPM dan Putra Gemilang dimainkan. Aku juga paling tidak suka bila dapat tempat duduk belakang, dah la tak nampak, tiada pendingin hawa dan panas disitu. Memang dikatakan tidak strategik la tempat belakang ni! Mungkin sebab aku dah biasakan diri duduk depan bila di dalam kelas atau dimana-mana program yang aku sertai. Aku mahu dapat info dengan jelas dan tepat. Duduk di belakang ni ibarat orang yang malas memberi perhatian, untuk tidur semata-mata. Apabila dah dapat macam tu, aku memprotes kecil dengan membuat kerja sendiri. Hahahah

Aku rasa sampai sini je kot cerita aku pasal pengalaman pertama masuk universiti ni. Kesimpulannya, UPM ni seronok. Sebab aku homesick masa hari pertama tu je. Lepas tu aku rasa biasa, macam orang yang dah biasa duduk asrama. Padahal sebelum ni bila berjauhan dengan keluarga, aku mesti menangis tiap-tiap malam, tapi tidak tahulah kenapa rasa okay je duduk di UPM ni. Ajaib! Ini maklum balas yang aku boleh bagilah..meh la masuk UPM. Program dia berlambak sampai aku tak ingat apa yang aku sertai. Perkhidmatan bas pun ada walaupun kena ber"ragbi". Tapi tidak selalulah..tengok masa juga..makanan pun berlambak, terutamanya di kafe Serumpun. Sedap makanan disini! Murah pula tu! Memang aku cakap, tidak sia-sia lah aku terima tawaran masuk UPM ni. Memang menarik! Aku baru sebulan disini, sudah rasa selesa di sini. Benarlah orang kata, tak kenal maka tak cinta..UPM bukan calang-calang universiti tau!

Apa-apa pun, doakan semoga kehidupan aku disini baik-baik saja. Terima kasih sudi baca blog pertama saya. Maaf jika ada kekurangan. InsyaAllah selepas ini Aida cuba buat yang lebih baik..Assalamualaikum w.b.thttps://bukudiariaidashari.blogspot.com/

Ulasan

Catat Ulasan