Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke universiti (UPM)

Pengalaman pertama masuk ke universiti di Universiti Putra Malaysia, Serdang Pada tarikh 1 September 2019, bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia kampus Serdang. Masihku ingat detik-detik semalam sebelum aku menjejakkan diri ke kolej kediamanku iaitu di Kolej Empat Belas, UPM. Aku tidak tidur lena pada sehari sebelum aku mendaftar masuk ke universiti. Entah mengapa rasa sukar sekali mahu memejamkan mata. Tidak sabar barangkali..atau aku risau dengan kehidupan baruku di tempat baru. Akhirnya aku boleh tidur beberapa jam sebelum waktu subuh. Aku bangun seawal 5.30a.m dan kedengaran keluargaku juga sedang bersiap-siap. Kami perlu bergerak awal pagi kerana perjalanan kami dari Kuala Kangsar ke Unversiti Putra Malaysia, Serdang mengambil masa selama 2 jam 45 minit dan pendaftaranku bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengahari. Jadi, kami mengambil keputusan untuk bergerak awal dari rumah kerana khuatir mengalami kesesakan semasa perjalanan. PINTU GERBANG U...